Alhamdulillah pejam celik dah 5 tahun 3 bulan saya dalam bidang Digital Marketing di platform Facebook Ads dan Instagram Ads
Dan SMI Agency telah berdiri selama 3 tahun 4 bulan. (Sebenarnya bukan berdiri sahaja, ada juga kadangkala jatuh terduduk)
Jadi sepanjang saya dalam bidang ini. Dan sepanjang saya merekrut masuk keluar Team Marketing. Saya perasan terdapat pattern yang sama diantara Digital Marketer yang PERFORM
(Yang tak PERFORM kita letak tepi dulu).
Berikut adalah pendapat saya terhadap PERSAMAAN PATTERN CIRI² DIGITAL MARKETER saya yang PERFORM
1. Seorang Digital Marketer biasanya bersifat scientific, analytic dan sejenis data person.
Mereka ini suka melihat angka dan bereksperimen dengan data. Jika Marketer tersebut rasa pening setiap kali tengok data. Mereka biasanya tak pergi jauh, tak kekal lama dalam industri Digital Marketing.
2. Mereka kurang PERSONAL BRANDING.
Jika lihat akaun personal Social Media mereka. Jarang mereka kongsikan tentang Marketing, Idea, atau jarang sangat kongsikan tentang diri mereka.
Digital Marketer biasanya lebih aktif update Page atau IGShop produk mereka berbanding Akaun Personal. Ada juga beberapa Digital Marketer yang lebih cenderung kepada Personal Branding, suka sharing tips dan idea marketing di social media.
Tapi biasanya mereka ini TIDAKLAH TERLALU OERFORM dan jarang kekal sebagai Digital Marketer. Mereka akan upgrade diri mereka sebagai Freelancer, Business Owner atau Self-Employee Person.
Walaubagaimanapun, ini cuma pandangan dan pemerhatian saya sahaja. Tak semestinya TEPAT.
Apa pendapat anda?
Sekian,
Marketer Jantung Niaga,
Syahmi Roslan
Fahmi says:
Ingatkan saya sorang je suka kerja underground.
Syahmi Roslan says:
Kerja underground bagus. Tapi kadang2 kita perlukan networking juga