GAGAL ITU BIASA, BANGKIT ITU LUAR BIASA

Saya pernah banyak kali gagal (Biasalah tu kan cerita macam ni)

Gagal hire team sales – Loss 8k selama 3 bulan berturut menjadikan total 24k

Gagal buat produk (jangan cakap la berapa banyak. memang banyak) – Yang ada dalam stor rumah saja dekat RM12K. Stor office rasanya RM9k baki.

Gagal tambah cawangan (Di Seremban)
– Costing almost 19k dalam 5 bulan

Gagal Uruskan Staff yang SUPER TALENTED (Akhirnya tikam belakang company)

Gagal hargai staff yang dah banyak berjasa (Saya buat clearence, buang semua, dan bila rekrut balik, mereka taknak masuk semula)

.

Dan banyak lagi laa kegagalan, kesilapan, dan salah faham yang saya lalui.

.

Bagi saya,

itu semua mengajar saya untuk terus Maju, Terus bergerak kehadapan.

.

Saya perasan,

Bila saya stuck pada satu pencapaian,

Allah akan hadirkan satu ujian sampai saya terduduk,

Lepas dari itu Allah akan bagi lebih kemajuan dari sebelum ini.

.

Sampaikan bila tiba masa diuji,

Saya akan cakap pada wife saya dengan nada gembira

“Yunk, agak2 lepas ni Allah nak bagi apa pulak ya? Besar ujian kalini yunk mesti besar jugak Ganjaran Allah nak kasi ni nanti.”

.

.

Selepas beberapa kali jatuh bangun,

Saya sedar yang BAWA MASUK ORANG YANG BETUL DALAM COMPANY SANGAT-SANGAT PENTING!!

.

Sebab

hebat macam mana pun Business Owner tu,

Sekali dah bawa masuk orang yang salah,

Orang yang tak mahu dibimbing,

Maka tergugatlah leadership dalam memajukan syarikat

Dalam erti kata mudah

Team Work Is an obligation

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.