RASA MALU NAK BUAT CONTENT
Macam mana nak buang rasa malu setiap kali nak buat content marketing
>> Ni Contoh Content Saya Sendiri
Nampak macam senang orang lain buat content kan?
Tapi bila kita nak buat sendiri. 1 Video ambil masa sampai 1 hari tak siap-siap lagi.
Biasanya ini berlaku bila anda TAK PERNAH, TAK BIASA, BARU NAK MENCUBA buat Video Content Marketing.
Sebagai Marketing Agency. Di SMI Agency boleh dikatakan hari-hari kerja kami adalah buat content marketing untuk klien kami.
Jom saya kongsikan macam mana nak buang rasa malu setiap kali nak buat content marketing ni
PERTAMA
sediakan copywriting dan skrip dahulu.
Skrip sangat membantu untuk anda keluarkan idea apa yang anda ingin katakan dalam Video nanti.
Bila dah makin PRO anda mungkin boleh bercakap secara Spontan.
KEDUA
Gunakan aplikasi Prompter.
Saya yang dah hari -hari buat content pun masih gunakan aplikasi ni.
Aplikasi ni memudahkan untuk kita buat video sambil baca skrip yang ada di skrin telefon tu.
Ala-ala macam pembaca berita gitu
>> Contoh Aplikasi Prompter Yang Membantu Dalam Hasilkan Content
Behind the scene….
Korang ingat senang nak buat content?
Senang je sebenarnya kalau tahu cara, dan trick
KahkahkahPosted by Syahmi Roslan on Thursday, 16 March 2023
KETIGA
Gunakan teknik Jump Cut.
Teknik ni supaya video anda nampak lagi pro dan lancar.
Anda cuma perlu potong saja setiap babak yang tersasul, babak ambil nafas, atau babak yang tak perlu ada dalam video content anda
TIPS TAMBAHAN
Anda WAJIB rajin tonton konten orang lain supaya anda boleh generate banyak lagi idea
Kena selalu buat barulah skill tu datang
Soft skill tidak datang dengan sendiri ia perlu melalui pengalaman dan praktis
Jika dah buat semua ini,
Tapi anda masih ada RASA MALU NAK BUAT KONTEN
Sila buka akaun bank anda
jika malu boleh tambah WANG dalam akaun bank anda,
teruskan dengan sifat pemalu tak bertempat itu.
NAK BELAJAR CARA EDITING VIDEO LIKE A PRO?
Dengan hanya gunakan Smartphone sahaja!
Dah ramai digital marketer gunakan panduan ni untuk hasilkan video marketing yang convert sale
Klik Sini
Klik SIni
Sekian,
Marketer Penunggu Gua,
Syahmi Roslan